Sunday, 23 February 2014

Pencurang VS Perampas !!!


Entri kali ni mungkin penuh emosi sikit jadi sebelum terlanjur kata, Qasseh minta maaf banyak-banyak  ye...huhu...

Persoalan ni sebenarnya bermain di fikiran semua orang, baik lelaki@perempuan kecuali si perampas itu sendiri! Kenapa ye ada manusia yang sanggup bertindak jadi perampas kebahagiaan orang lain? Adakah akal orang perampas ini tidak digunakan dengan baik? pelik sungguh! letak kat lutut ke ??? ke kat tapak kaki???

Qasseh paling pelik bila ada orang cuba dekat atau rapat dengan seseorang yang telah berpasangan. Nasihat Qasseh, kalau jatuh cinta dengan seseorang yang telah berpunya, baik lupakan je hasrat tu...jangan jadi punca pada kemusnahan 1 hubungan yang disebabkan oleh akal syaitan si perampas ni..jangan bina 1 hubungan di atas air mata orang lain.
***Siapa makan cili akan terasa pedasnye yee....hoyee..

Sehina-hina perempuan adalah perempuan Perampas & Curang....

-Bila orang bercinta putus kerana curang mereka kata... "elleh, baru bercinta, bukan hak lagi pun..."

-Bila orang bertunang putus kerana curang mereka kata..."elleh, baru tunang, belum jadi suami kau pun"...

-Bila orang berkahwin bercerai-mereka kata ..elleh, kan bermadu itu boleh..apa masalahnye..dia yang tamak sbb tu hubby dia ceraikan dia..!

Tengoklah kata2 mereka yang langsung tak menghargai erti kasih sayang ni.. Tak kiralah waktu bercinta ke, tunang ke atau dah kawin ke curang tetap curang. Yang salah tetap salah. Sekejam atau sejahat manapun pasangan korang sekarang, korang tidak berhak curang, tapi korang boleh je tinggalkan dia, baru cari yang lebih baik...kenapa masih nak simpan dia dan pada masa yang sama mahu juga yang lain? kerana mereka yang curang itu tamak.

KECURANGAN ... Siapa yang suka ini berlaku? takde siapa kan? tetapi kenapa ianya wujud? Kenapa masih ada jenis manusia yang sanggup curang? korang perasan tak... biasanya si perampas akan bersama dengan si curang.Maksudnya jika seseorang itu curang maknanya dia sedang buat hubungan dengan seorang perampas  dan seorang perampas sedang buat hubungan dengan seseorang yang curang...What a nice couple huh? Kenapa ada manusia yang sanggup jadi pencurang?...
ok, antara alasan yang si curang ini selalu beri adalah:-
 -  Sudah tak serasi, tawar hati, sudah tak cintakan pasangan sedia ada, wujud konflik lalu dia mencari orang lain, balas dendam, saja2...sebab bosan.

Alasan paling bodoh si pencurang:-
" aku berhak memilih yang terbaik untuk aku..kau jgn nk sibuk lah hal aku"..

The best answer for the cheating is:..."tapi kau berhak ke sakitkan hati orang yang sangat sayangkan kau?"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

itu antara alasan bodoh yang diberikan oleh si pencurang. Alasan yang paling menyakitkan hati adalah "itu takdir". Walau buruk macam manapun hubungan yang mereka alami sekarang, mereka tak berhak sikit pun untuk curang. seseorang yang curang adalah orang yang tak mempunyai maruah. Maafkan Qasseh...jika korang sudah tak mahu meneruskan hubungan, dah benci sangat dgn pasangan korang sekarang tamatkanlah hubungan itu dulu barulah cari yang lain..yang terbaik dari sebelumnya...ini tidak..mslh belom selesai dah sibuk ambil berat yang lain...lepas tu bagi alasan bodoh..konon dia dh selesaikan dengan cara yang tersangatlah mulia....Dan yang dh bertunang tu kalau dah benci sangat dengan pasangan anda tamatkanlah dengan cara elok.. kalau time suka dulu datang minta dengan cara elok..tak salah pulangkan dengan cara yang sama...kenapa mesti dibuang  dan ditinggal begitu saja...tidak adil bukan?....kejam sangat bagi Qasseh..itu kerana akal, mata dan hati telah dibutakan oleh si perampas itu td..dibutakan dengan wang dan perhiasan...kasih sayang nafsu dalam mengejar nikmat dunia semata...
...Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya ...pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya takkan berpatah lagi....
Jagalah pasangan korang yang ada sekarang ni, jangan sakiti hatinya dengan kecurangan. Jika korang lelaki, korang tak layak digelar lelaki... tapi...JANTAN.

Orang yang curang biasanya akan bagi seribu macam alasan untuk tutup kesalahan sendiri. yang paling teruk, si pencurang itu tadi akan letak kesalahan pada pasangannya yang ditinggalkan itu..dia itu,,dia ini lah.. ada juga jenis si pencurang yang tuduh pasangannya curang, padahal dia yang melakukan kecurangan.Macam-macam!
Apapen alasannye... CURANG TETAP CURANG!!!

                                    


p/s: benci pengkhianat cinta..yang menzalimi dan mengkhianati cinta orang yang sangat sayangkannya.....

tak salahkan si perampas 100%, sbb bertepuk sebelah tangan takkan bunyik....si pencurang itu sendiri merelakan diri digoda dan diberi kasih sayang oleh si perampas...sedangkan si setia dilayan bagai sampah!


" Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikan aku keyakinan bahawa takdirMU adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirMU kerana aku yakin dan percaya perancanganMU yang terbaik dan terindah untuk diriku...."

Tuesday, 11 February 2014

Air Mata Itu.....


..Kadangkala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA daripada KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita JAUH dariNYA..mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang MENDEKATKAN kita pada Allah..dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang MENGINGATKAN bahawa Allah sentiasa ADA, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA..

AIR MATA ITU..
..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah RE...DHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA?
Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..
~✿ Cinta bukan milik kita ~ Cinta milik Allah.. ♥
Setiap perpisahan tidak sia-sia.Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.. 

~✿..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~

~ Seringkali kita mengalami kekecewaan apabila setiap apa yang kita idam-idamkan tidak menjadi kenyataan..masalah berkaitan putus cinta, keruntuhan rumah-tangga hatta kematian orang yang kita sayang seperti suami, isteri, ibu, anak dan sebagainya..masing-masing punya cara sendiri untuk mengatasinya. Ada yang memilih untuk menyendiri..ada yang memilih untuk meraung sekuat-kuat hati, ada pula yang memilih jalan yang salah bagi menghilangkan rasa kecewa misalnya dengan mengambil dadah, arak, atau cuma mencari hiburan dalam bentuk lain yang bercanggah dengan syariat islam semata-mata kononnya untuk melupakan kekecewaan yang lahir..
Hakikatnya, kita kecewa kerana kita merasakan kita berhak..kita merasakan sesuatu itu adalah milik kita mutlak...tanpa kita sedar yang segala sesuatu itu adalah amanah dan pinjaman dari Allah kepada kita..bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut :
Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad (Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan.")
                                                                                            ( Ar-Ra'ad 13:39 )

Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.Wallahu A’lam..



Wednesday, 2 October 2013

Keturunanku dilarang makan ikan kekacang..


 Assalamualaikum

 



 Hari ni nak citer sal pantang larang keturunan Qasseh..Apa yang qasseh tahu keturunanku tak dibenarkan makan ikan kekacang atau dalam dialek trg nye"ikang kaccang" sbb menurut sepupu belah ayah qasseh kata kalau mkn ikan kacang ni kita akan dapat tulah...contohnye penyakit kulit, gatal-gatal, muntah darah dan yang sewaktu dengannye...

 Asalnye kitorang mmg tak tahu crite ni...biler je dengar kenyataan ni kakak qasseh sendiri mengakuinya dimana dia telah mengalaminya satu ketika dulu...tersalah makan ikan kacang dan akhirnya menderita sakit kulit yang kronik...tp nasib baik ianya tak berlarutan..so kakak mmg nekad takkan mkn ikan kacang tu walhal sebelum ni dia tak tahu pun sebenarnya mmg keturunan kami dilarang makan ikan kekacang...
Qasseh  tak pasti apa cerita disebalik pantang larang ni...mungkinkah pada zaman nenek moyang qasseh dulu pernah diselamatkan oleh ikan kekacang ini? wallahualam....

setiap kluarga ada salah silah kturunannya.. setiap ilmu ada pntang lrangnya.. tp itukah satu sumpah keturunan kta.. hanya Allah ja lbih mgetahui.. semoga apa pon yg kta amal dan ikut dari ktrunan kta agar ia mnjadikan kta lbih dkat kpada Allah..

***** Alahan Atau Ketentuan

Ironinya, mana-mana ahli kerabat yang melanggar pantang-larang datuk-nenek akan tertimpa musibah seperti kena penyakit gatal-gatal berbintil, kudis, muntah darah atau sebagainya.Adakah ini faktor alahan yang di warisi sejak turun temurun atau memang ianya takdir Allah swt diatas keturunan kami….Wallahualam

Tuesday, 3 September 2013

Jadilah Manusia A.K.A Orang



Assalamualaikum..

orang yg terkebelakang adalah orang yang hatinya sentiasa sakit.kotor.berkudis.
orang yg hatinya penuh dengan kudis adalah orang yang hanya tahu membilang kelemahan, kekurangan dan kesusahan orang lain.
orang yg gembira melihat kejatuhan orang lain.orang yg bahagia melihat kemunduran orang lain .orang itulah orang yang tidak akan kemana-mana. kerjanya hanya menghitung kelemahan orang lain dan kemudian mentertawakannya.dalam masa yg sama..dia tidak menyedari..bahawa seluruh isi dunia mentertawakan kebodohannya..

justeru..
untuk kite menjadi ORANG..
jangan kite asyik mencari kelemahan orang..kelak kite hanya akan menjadi pengkritik yang bodoh sahaja..
kadang2 terfikir tak oleh kite..setiap kali kite memandang rendah pada seseorang..kemudian kite akan mengkritiknya..pada kite..kite dah cukup wow sebab dapat membuat ulasan yg konon2 bagus padahal kite yg sebnarnya bebal dan tolol..
orang yg pandai takkan suka pada kelemahan orang malah dia tidak pandang pada kelemahan orang.
orang yg pandai juga akan cuba untuk memperbaiki diri...buat yg terbaik untuk diri sendiri daripada menyalak seperti anjing melihat kelemahan orang lain...
kesian..kalau ade orang yg dia rase dia pandai.lalu memberi kritikan yg konon2 membina padahal tidak...

untuk kite menjadi ORANG jugak...
jangan kite asyik membilang KELEBIHAN orang sahaja..kelak kite akan jadi pendengki terhormat dan membuang segala keyakinan dalam diri..
 kelebihan yg orang ada tidak akan membawa kite kemana mana.
kelemahan yang orang ada juga tidak akan membuatkan kite berjaya.

yang perlu kite hitung adalah.
apa yang kite nak capai..
apa yang kite nak buat...
kelebihan dan kelemahan kite tu..tak perlu dibilang sangat.
sebab hidup bukannya berdasarkan ilmu kira-kira
hidup adalah berdasarkan sejauh mana kite berusaha untuk mendapatkannya..

kegagalan kite bukan salah orang lain
kejayaan kite juga bukan atas dasar orang lain.
gagal atau berjayanya kite adalah setakat mana kite tahu untuk menjadi ORANG...
 

p/s:   Entries ini bukan ditujukan pada or utk siapa2.. hanya peringatan kepada diri sendiri saja...kerana aku hanya manusia biasa yg tak dpt lari dari membuat kesilapan..peace yow...


Sunday, 21 July 2013

Kematian itu pasti....

Al-Fatihah buat arwah...

Semua orang akan diuji Allah , semua orang akan merasai kehilangan  . Kesakitan kehilangan orang tersayang  yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari2 . Namun bila sampainya hari Allah ambil dia semula, kita akan rasa seolah2 dunia ini sudah berakhir buat kita.. Sakit dan sedih sgt..

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam setiap masa hidup kita nan indah dulu. 

Memang kita akan merasai rindu.Rindu yang teramat pada arwah..tp paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti ...pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni , tau .

Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui...Ajal, Maut, Jodoh semua itu adalah rahsia Allah.
Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati..

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”




Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 
Jangan fikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya... sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insyaAllah ada rezeki yang datang kepada kita.

Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian pasangan kita sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan). ... 
Memang betul, bercakap memang senang, kita tak merasai apa yang orang tu rasa..berat mata memandang berat lg bahu yg memikul...pandanglah kedepan dengan 1001 perasaan yang penuh keredhaan .Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti .

...Mr. Google...

Wednesday, 5 June 2013

man..how many other girls are u doing that too??


perempuan sangat mudah percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat..
perempuan mudah menerima kata2 seorang lelaki tanpa berfikir panjang..without a second thought..and at last..perempuan jugak yang merasa sakitnya..

akan menjadi perkara normal bagi seorang lelaki berkata begini..

Nasib baik ada awak...kalau tak tak tahulah mcm mana sya....
walau ape pun awak tetap di hati saya... awak lah yang paling sya sayang...
awklah yang dapat buat saya bahagia.dalam ramai2 perempuan..
awklah yang paling special..

oppsss..
wahai perempuan..jangan cepat perasan and melting dengan ayat klise sebegini..

i tell u what..sebelum kata2 ni di copy and di paste kan kat telinga korang..lelaki awal2 lagi dah copy and paste kan kat exs exss exssssssss or skandal dia..maybe sebijik2 or paling tidak pon lebih kurang...

tak dinafikan..pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul2 bertakhta kat hati dia..tapi kite sebagai perempuan jgn cepat melatah and terperasan.

too sad bila ada antara perempuan yang mudah percaya dan sanggup buat apa saja hanya kerana lidah sang lelaki..and bila ada orang nasihat sikit..mula lah keluar perkataan seperti:

" dahlah..aku percayA dia lah..dia dah cakap dia hanya syg aku sorang je".
"dia dah cakap aku perempuan yang paling dicintainya and dia dah janji tak kan lupakan aku"..

maka..jadilah satu episod perjalanan sebuah cinta yang penuh perasan dimana kite merasakan kita dah berjaya menjadi orang yang paling best dalam hidupnya padahal tak pun..and bila orang tu tak hargai kite seperti mana konon2 kitalah yg paling best tu..mula lah kita jadik ahli falsafah secara tidak langsung dengan mengeluarkan perkataan yang sedih2 dan ayat2 sajak yang maha kesian...mula lah terjadik gejala seperti mengupdate status sedih2 kat facebook.
( salah satu kesan sampingan)

tak salahkan lelaki coz kalau tak cakap camtu..nak cakap camne lagi kn??but sebagai perempuan..beringatlah..cintailah seseorang itu secara biasa2 je and cool2 je..

jangan terbang terlalu tinggi coz bila jatuh..sakit sangat deeee..no kidding.

**...Berdasarkan pemerhatian dan kajian okey...tak semestinya dari pengalaman sendiri...**

ihsan : nurul badiah lai.