AIR MATA ITU..
..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah RE...DHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA?
~✿..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~
Seringkali
kita mengalami kekecewaan apabila setiap apa yang kita idam-idamkan
tidak menjadi kenyataan..masalah berkaitan putus cinta, keruntuhan
rumah-tangga hatta kematian orang yang kita sayang seperti suami,
isteri, ibu, anak dan sebagainya..masing-masing punya cara sendiri
untuk mengatasinya. Ada yang memilih untuk menyendiri..ada yang memilih
untuk meraung sekuat-kuat hati, ada pula yang memilih jalan yang salah
bagi menghilangkan rasa kecewa misalnya dengan mengambil dadah, arak,
atau cuma mencari hiburan dalam bentuk lain yang bercanggah dengan
syariat islam semata-mata kononnya untuk melupakan kekecewaan yang
lahir..
Hakikatnya,
kita kecewa kerana kita merasakan kita berhak..kita merasakan sesuatu
itu adalah milik kita mutlak...tanpa kita sedar yang segala sesuatu itu
adalah amanah dan pinjaman dari Allah kepada kita..bila mengalami
kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan
seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan
kekecewaan tersebut :
Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad (Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan.")
( Ar-Ra'ad 13:39 )
Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.Wallahu A’lam..
Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad (Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan.")
( Ar-Ra'ad 13:39 )
Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.Wallahu A’lam..
No comments:
Post a Comment