Tuesday, 28 May 2013

Setengah Mati Merindu



Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang ......
Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
Aku tetap menunggumu

Monday, 27 May 2013

Tips padanan warna kulit dan warna tudung... :)

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang bagaimana memadankan warna kulit anda dengan warna tudung yang sesuai. Pemadanan yang sesuai adalah sangat penting untuk memastikan anda tampil menarik dan berseri. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan anda kelihatan janggal serta mencacatkan penampilan anda.

Tona kulit wanita asia terbahagi kepada empat  jenis iaitu kulit cerah atau putih, kuning langsat, sawo matang dan gelap.

Bagi tona kulit jenis cerah atau putih, warna-warna yang perlu dielakkan adalah warna-warna pastel seperti biru muda, merah jambu muda dan coklat lembut. Warna-warna ini akan membuatkan kulit anda kelihatan pucat. Sebaiknya, anda harus memilih warna-warna yang terang seperti warna merah, oren atau kuning untuk menyerlahkan lagi seri wajah anda.

Bagi tona kulit jenis kuning langsat, anda sesuai mengenakan warna-warna tropka seperti jingga, merah jambu, hijau, kuning dan biru. Warna-warna yang perlu dielakkan adalah warna-warna yang samar dan kurang menyerlah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Manakala bagi tona kulit jenis sawo matang, warna-warna yang terbaik untuk anda adalah warna ungu, oren dan merah hati. Warna-warna gelap seperti warna kelabu perlu dielakkan.

Akihr sekali bagi tona kulit gelap, warna-warna yang sesuai untuk anda adalah warna seperti merah, merah muda, ungu dan biru. Ellakkan memilih warna seperti kuning dan oren.

Jadi itu sahaja tips yang ingin dikongsi pada hari ini. Salam ceria!


****thanks to Mr. Google****

Sunday, 26 May 2013

Selamat Pengantin Baru....


Selamat Pengantin Baru buat anak sepupu aku...(Che Ku Nursyahida bt. Che Ku Husin & Pasangan)

: 0  Ape ntah name pasangan dia..lupa plak...meh kita cuci mata tengok gambar yang aku ambik smasa majlis dorang berlangsung....




 







ni la dia 2 org budak yang bikin onar...huhu..


Wednesday, 15 May 2013

Bidan Terjun


Jumaat petang....
Terima panggilan drpada sis aku .... Katanya " dik...(uwekkss...padahal kt umh pgil RA je pun..koya..)..barang2 pelamin yang masa mu  tunang dulu tu ader lagi ke idok? kalu ader bole ke dop mu tolong pasangkan mini pelamin untuk jiran sebelah umah aku... (kata sis aku lar..huhu)...

dan....disebabkan ari tu banyak komitmen sgt2...jam 10.30 mlm baru sampai umah kakak aku....majlis plak esok..nak tak nak kene siapkan mlm tu jgk... dalam kereta penuh dgn brg2 untuk dirikan pelamin mini nih... (sume aku angkat sorang2 masukkan dlm kete)...tu yang peluh2 tuh...sampai jer terus mula adengan memasang..huhu...penat, tp seronok...

dan hasilnya.....walla....

ni lah dia simple mini pelamin sentuhan aku......

untuk majlis tunang ajer pun...

ok...done.
TQ SIS.... coz  "tolong buatkan tempat duduk tu"(Engku Sulaini binti Engku Embong)

Saturday, 11 May 2013

Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum...

                  The 1st Thing aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu2 sedunia...buat kawan2  aku yang dah bergelar ibu...Hepi Mothers Day buat korang.

 Rindu kat arwah Che Ku Esah binti Long

                  Aku tak pernah meraikan hari ibu...masa arwah masih hidup pun aku tak pernah sambut untuk arwah. Dulu2 tak pernah tahu pun adanya hari ibu. Bg aku hari2 masa untuk aku dgn ibu.... Hari2 kami mmg bahagia walaupun hdup serba kekurangan, tp ibu tak pernah tunjukkan kesusahan dan kesedihannya pada kami. Ibu seorang yang tabah dan kuat. Dialah yang membesarkan kami 6 adik bradik seorang  diri..Dia lah ibu dialah bapa..tak pernah kenal erti penat dan payah.  Aku tersangat rindukan arwah ibu. Ibu aku adalah seorang wanita yang terhebat...tiadalah ibu yang terhebat melainkan dia.
                   Hargailah seorang ibu semasa ada...bahagiakanlah mereka sementara mereka masih hidup...Kerana doa seorang ibu itulah kekuatan kita dalam menempuh kehidupan sehari-hari.. untungnya bagi sesiapa yang masih punya ibu yang mendoakan kalian...Aku telah kehilangannya....tiada lagi doa dari seorang ibu untuk aku..Aku terkilan kerana tak sempat membahagiakan ibu dengan kebahagiaanku. Tak sempat memberi kesenangan hidup padanya. Ibu telah pergi dulu..Maafkan aku ibu...
                    Bahagialah ibu disana.... Semoga ibu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. - AL-FATIHAH buat ibu tersayang.


p/s:     ".....dan memang menjadi kelaziman manusia menyedari ketinggian nilai sesuatu benda itu apabila tidak lagi menjadi miliknya...."



Buatmu IBU - Aeman