Monday, 27 May 2013

Tips padanan warna kulit dan warna tudung... :)

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang bagaimana memadankan warna kulit anda dengan warna tudung yang sesuai. Pemadanan yang sesuai adalah sangat penting untuk memastikan anda tampil menarik dan berseri. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan anda kelihatan janggal serta mencacatkan penampilan anda.

Tona kulit wanita asia terbahagi kepada empat  jenis iaitu kulit cerah atau putih, kuning langsat, sawo matang dan gelap.

Bagi tona kulit jenis cerah atau putih, warna-warna yang perlu dielakkan adalah warna-warna pastel seperti biru muda, merah jambu muda dan coklat lembut. Warna-warna ini akan membuatkan kulit anda kelihatan pucat. Sebaiknya, anda harus memilih warna-warna yang terang seperti warna merah, oren atau kuning untuk menyerlahkan lagi seri wajah anda.

Bagi tona kulit jenis kuning langsat, anda sesuai mengenakan warna-warna tropka seperti jingga, merah jambu, hijau, kuning dan biru. Warna-warna yang perlu dielakkan adalah warna-warna yang samar dan kurang menyerlah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Manakala bagi tona kulit jenis sawo matang, warna-warna yang terbaik untuk anda adalah warna ungu, oren dan merah hati. Warna-warna gelap seperti warna kelabu perlu dielakkan.

Akihr sekali bagi tona kulit gelap, warna-warna yang sesuai untuk anda adalah warna seperti merah, merah muda, ungu dan biru. Ellakkan memilih warna seperti kuning dan oren.

Jadi itu sahaja tips yang ingin dikongsi pada hari ini. Salam ceria!


****thanks to Mr. Google****

No comments:

Post a Comment