Sunday, 23 February 2014

Pencurang VS Perampas !!!


Entri kali ni mungkin penuh emosi sikit jadi sebelum terlanjur kata, Qasseh minta maaf banyak-banyak  ye...huhu...

Persoalan ni sebenarnya bermain di fikiran semua orang, baik lelaki@perempuan kecuali si perampas itu sendiri! Kenapa ye ada manusia yang sanggup bertindak jadi perampas kebahagiaan orang lain? Adakah akal orang perampas ini tidak digunakan dengan baik? pelik sungguh! letak kat lutut ke ??? ke kat tapak kaki???

Qasseh paling pelik bila ada orang cuba dekat atau rapat dengan seseorang yang telah berpasangan. Nasihat Qasseh, kalau jatuh cinta dengan seseorang yang telah berpunya, baik lupakan je hasrat tu...jangan jadi punca pada kemusnahan 1 hubungan yang disebabkan oleh akal syaitan si perampas ni..jangan bina 1 hubungan di atas air mata orang lain.
***Siapa makan cili akan terasa pedasnye yee....hoyee..

Sehina-hina perempuan adalah perempuan Perampas & Curang....

-Bila orang bercinta putus kerana curang mereka kata... "elleh, baru bercinta, bukan hak lagi pun..."

-Bila orang bertunang putus kerana curang mereka kata..."elleh, baru tunang, belum jadi suami kau pun"...

-Bila orang berkahwin bercerai-mereka kata ..elleh, kan bermadu itu boleh..apa masalahnye..dia yang tamak sbb tu hubby dia ceraikan dia..!

Tengoklah kata2 mereka yang langsung tak menghargai erti kasih sayang ni.. Tak kiralah waktu bercinta ke, tunang ke atau dah kawin ke curang tetap curang. Yang salah tetap salah. Sekejam atau sejahat manapun pasangan korang sekarang, korang tidak berhak curang, tapi korang boleh je tinggalkan dia, baru cari yang lebih baik...kenapa masih nak simpan dia dan pada masa yang sama mahu juga yang lain? kerana mereka yang curang itu tamak.

KECURANGAN ... Siapa yang suka ini berlaku? takde siapa kan? tetapi kenapa ianya wujud? Kenapa masih ada jenis manusia yang sanggup curang? korang perasan tak... biasanya si perampas akan bersama dengan si curang.Maksudnya jika seseorang itu curang maknanya dia sedang buat hubungan dengan seorang perampas  dan seorang perampas sedang buat hubungan dengan seseorang yang curang...What a nice couple huh? Kenapa ada manusia yang sanggup jadi pencurang?...
ok, antara alasan yang si curang ini selalu beri adalah:-
 -  Sudah tak serasi, tawar hati, sudah tak cintakan pasangan sedia ada, wujud konflik lalu dia mencari orang lain, balas dendam, saja2...sebab bosan.

Alasan paling bodoh si pencurang:-
" aku berhak memilih yang terbaik untuk aku..kau jgn nk sibuk lah hal aku"..

The best answer for the cheating is:..."tapi kau berhak ke sakitkan hati orang yang sangat sayangkan kau?"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

itu antara alasan bodoh yang diberikan oleh si pencurang. Alasan yang paling menyakitkan hati adalah "itu takdir". Walau buruk macam manapun hubungan yang mereka alami sekarang, mereka tak berhak sikit pun untuk curang. seseorang yang curang adalah orang yang tak mempunyai maruah. Maafkan Qasseh...jika korang sudah tak mahu meneruskan hubungan, dah benci sangat dgn pasangan korang sekarang tamatkanlah hubungan itu dulu barulah cari yang lain..yang terbaik dari sebelumnya...ini tidak..mslh belom selesai dah sibuk ambil berat yang lain...lepas tu bagi alasan bodoh..konon dia dh selesaikan dengan cara yang tersangatlah mulia....Dan yang dh bertunang tu kalau dah benci sangat dengan pasangan anda tamatkanlah dengan cara elok.. kalau time suka dulu datang minta dengan cara elok..tak salah pulangkan dengan cara yang sama...kenapa mesti dibuang  dan ditinggal begitu saja...tidak adil bukan?....kejam sangat bagi Qasseh..itu kerana akal, mata dan hati telah dibutakan oleh si perampas itu td..dibutakan dengan wang dan perhiasan...kasih sayang nafsu dalam mengejar nikmat dunia semata...
...Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya ...pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya takkan berpatah lagi....
Jagalah pasangan korang yang ada sekarang ni, jangan sakiti hatinya dengan kecurangan. Jika korang lelaki, korang tak layak digelar lelaki... tapi...JANTAN.

Orang yang curang biasanya akan bagi seribu macam alasan untuk tutup kesalahan sendiri. yang paling teruk, si pencurang itu tadi akan letak kesalahan pada pasangannya yang ditinggalkan itu..dia itu,,dia ini lah.. ada juga jenis si pencurang yang tuduh pasangannya curang, padahal dia yang melakukan kecurangan.Macam-macam!
Apapen alasannye... CURANG TETAP CURANG!!!

                                    


p/s: benci pengkhianat cinta..yang menzalimi dan mengkhianati cinta orang yang sangat sayangkannya.....

tak salahkan si perampas 100%, sbb bertepuk sebelah tangan takkan bunyik....si pencurang itu sendiri merelakan diri digoda dan diberi kasih sayang oleh si perampas...sedangkan si setia dilayan bagai sampah!


" Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikan aku keyakinan bahawa takdirMU adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirMU kerana aku yakin dan percaya perancanganMU yang terbaik dan terindah untuk diriku...."

Tuesday, 11 February 2014

Air Mata Itu.....


..Kadangkala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA daripada KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita JAUH dariNYA..mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang MENDEKATKAN kita pada Allah..dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang MENGINGATKAN bahawa Allah sentiasa ADA, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA..

AIR MATA ITU..
..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah RE...DHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA?
Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..
~✿ Cinta bukan milik kita ~ Cinta milik Allah.. ♥
Setiap perpisahan tidak sia-sia.Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.. 

~✿..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~

~ Seringkali kita mengalami kekecewaan apabila setiap apa yang kita idam-idamkan tidak menjadi kenyataan..masalah berkaitan putus cinta, keruntuhan rumah-tangga hatta kematian orang yang kita sayang seperti suami, isteri, ibu, anak dan sebagainya..masing-masing punya cara sendiri untuk mengatasinya. Ada yang memilih untuk menyendiri..ada yang memilih untuk meraung sekuat-kuat hati, ada pula yang memilih jalan yang salah bagi menghilangkan rasa kecewa misalnya dengan mengambil dadah, arak, atau cuma mencari hiburan dalam bentuk lain yang bercanggah dengan syariat islam semata-mata kononnya untuk melupakan kekecewaan yang lahir..
Hakikatnya, kita kecewa kerana kita merasakan kita berhak..kita merasakan sesuatu itu adalah milik kita mutlak...tanpa kita sedar yang segala sesuatu itu adalah amanah dan pinjaman dari Allah kepada kita..bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut :
Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad (Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan.")
                                                                                            ( Ar-Ra'ad 13:39 )

Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.Wallahu A’lam..